MELAKA: Tragedi hampir maut beberapa hari sebelum peperiksaan semester kedua Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak mematahkan semangat Nur Umairah Mohd. Desa, 20, untuk mencapai keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin itu berkata, kemalangan berlaku pada Ogos tahun lalu melibatkan motosikal ditunggangnya dengan sebuah kereta yang hendak memasuki simpang jalan. Katanya, impak pelanggaran menyebabkan dia mengalami kecederaan parah pada bahagian lutut. “Rasa…