Hampir 40 peratus tiada perlindungan persaraan

Hampir 40 peratus tiada perlindungan persaraan

AHMAD ZULQARNAIN ONN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 40 peratus daripada tenaga kerja Malaysia masih tidak mempunyai perlindungan persaraan formal.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Zulqarnain Onn berkata, golongan tersebut merangkumi pekerja ekonomi gig seperti penghantar makanan, pemandu e-hailing, individu bekerja sendiri dan mereka dalam pekerjaan tidak konvensional.

Katanya, fenomena ini me­nunjukkan jurang besar dalam sistem perlindungan sosial negara dan berpotensi menjadi risiko sosial yang serius jika ti­dak ditangani segera.

“Isu ini bukan sekadar kelemahan dasar. Ia adalah risiko sosial yang boleh beri kesan besar kepada struktur masyarakat jika tiada tindakan sewajarnya.

“Jika kita tidak bertindak sekarang, kos akan melonjak mendadak apabila jangka hayat rakyat semakin meningkat,” katanya ketika berucap dalam ISWC 2025 di sini semalam.

Ahmad Zulqarnain berkata, isu tersebut perlu ditangani segera kerana ia melibatkan masa depan sistem persaraan negara dan kesejahteraan jangka panjang rakyat Malaysia.

Menurutnya, sistem perlin­dungan sosial masih berpaksikan model tradisional yang dibina ketika kebanyakan tenaga kerja mempunyai kerjaya tetap.

Namun kini, corak pekerjaan telah berubah secara drastik dan memerlukan pendekatan yang baharu.

“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada sistem lama untuk menangani realiti ekonomi hari ini. Kita memerlukan pendekatan yang lebih inklusif dan fleksibel,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN