Guna permit binaan, pembersihan tetapi kerja GRO

Guna permit binaan, pembersihan tetapi kerja GRO

SERAMAI 99 warga asing ditahan dalam Op Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang di sekitar Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Taktik licik sekumpulan warga asing yang menyalahgunakan permit kerja dalam sektor binaan dan pembersihan untuk bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dan pelayan di pusat hiburan, terbongkar apabila 99 daripadanya ditahan dalam satu operasi khas di enam premis hiburan sekitar Jalan Gambut, di sini, hari ini.

Serbuan serentak oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang pada pukul 1 pagi itu membabitkan penahanan 85 wanita dan 14 lelaki warga asing yang dipercayai bekerja tanpa kebenaran sah di pusat hiburan terbabit.

Pengarah Imigresen negeri, Nursafariza Ihsan berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 81 wanita warga Thailand, empat warga Laos, 12 lelaki warga Bangladesh serta masing-masing seorang lelaki warga Yaman dan China.

“Siasatan awal mendapati majoriti mereka memiliki pas lawatan kerja sementara dalam sektor binaan dan pembersihan, namun menyalahgunakannya untuk bekerja dalam sektor hiburan sebagai GRO dan pelayan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut beliau, semua enam premis hiburan yang diserbu itu merupakan ‘penjenayah berulang’ kerana pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan sebelum ini.

“Kita sudah beberapa kali mengambil tindakan terhadap premis yang sama, namun pengusaha seolah-olah tidak gentar dengan undang-undang. Keberanian mereka mungkin berpunca daripada keuntungan lumayan yang diperoleh hasil eksploitasi tenaga kerja asing,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN