PETALING JAYA: Seorang lelaki bergelar ustaz dipercayai menjadi dalang utama untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya tawaran menunaikan ibadah haji secara persendirian (DIY) tanpa melalui saluran sah. Pemilik sebuah madrasah itu antara dua lelaki ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berkaitan kes itu, baru-baru ini. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, siasatan mendapati suspek berusia 59 tahun itu dipercayai menerima pembayaran terus daripada jemaah ke dalam akaun bank atas nama madrasah yang dikendalikannya. Menurutnya, siasatan turut mendapati tawaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya