PETALING JAYA: Majikan perlu menyelaras gaji pemandu kenderaan komersial terutamanya bas ekspres pada tahap munasabah bagi menangani sikap mengejar komisen sehingga memandu secara berbahaya. Timbalan Presiden Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian Malaysia (MiSHA), Abd. Mutalib Abd. Gapar berkata, kadar gaji asas pemandu kenderaan komersial seharusnya berada dalam lingkungan RM5,000 dan RM8,000 sebulan bergantung kepada pengalaman dan tanggungjawab berbanding kini sekitar RM3,000. Katanya, struktur gaji semasa yang bergantung kepada bilangan perjalanan harian mendorong ramai pemandu memandu secara tergesa-gesa dan terdedah kepada keletihan melampau yang menjadi punca utama kemalangan membabitkan kenderaan berat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya