Gadis jual barang kemas ibu untuk ‘bersih nama’

Terpedaya phone scam, gadis jual barang kemas ibu untuk ‘bersih nama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Terpedaya dengan sendiket phone scam, seorang remaja wanita sanggup menjual barang kemas milik ibunya untuk mendapatkan wang segera.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, kejadian itu menyebabkan remaja berusia 19 tahun terbabit mengalami kerugian RM62,000.

Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada petang semalam daripada mangsa selepas menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan. 

“Mengikut keterangan mangsa, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, dia menjawab satu panggilan dari ‘ibu pejabat Touch ‘n Go Kuala Lumpur’  di telefon ayahnya mengatakan terdapat  saman berjumlah RM25,000 terhadap ayahnya berkait akaun Touchn Go.

“Panggilan seterusnya disambungkan ke ‘Ibu Pejabat polis Kontinjen Perak’ dan mangsa bercakap dengan suspek untuk membuat laporan polis/ Suspek telah memeriksa nombor kad pengenalan diri mangsa sebelum memberitahu satu akaun bank dibuka atas namanya terlibat dengan kes penggubahan wang haram dan dadah,” katanya di sini hari ini. 

Katanya, suspek kemudian  meminta mangsa membayar sebanyak RM60,000 jika mahu membersihkan nama. 

Takut perkara itu membuatkan mangsa  mengikuti segala arahan yang diberikan sehingga sanggup menjual barang kemas ibunya untuk mendapatkan wang bagi membayar sepertimana yang diarahkan. – UTUSAN 

 

Habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN