Fahmi Reza dihalang ke luar negara, mahu perlu penjelasan Bukit Aman

Fahmi Reza dihalang ke luar negara, mahu perlu penjelasan Bukit Aman

FAHMI REZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktivis dan artis grafik, Fahmi Reza mendakwa dihalang daripada melakukan perjalanan ke luar negara.

Menurutnya, seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memaklumkan bahawa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tidak memberi kebenaran untuk beliau meninggalkan negara.

Beliau difahamkan ingin berlepas ke Singapura bagi menyaksikan persembahan secara langsung kumpulan kegemarannya iaitu Slant dari Korea dan Sial dari Singapura.

Apabila Fahmi bertanya alasan sekatan itu dibuat, pegawai berkenaan meminta Fahmi menghubungi Bukit Aman bagi mendapatkan perincian tersebut.

Minggu lalu, Fahmi dihalang memasuki Sabah dan dihantar pulang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, selepas diberikan notis penolakan masuk dan mendakwa arahan itu datang daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN