MARANG: Enam lelaki berusia sekitar 30-an dipercayai pengedar dadah dicekup polis dalam empat serbuan berasingan sejak minggu lalu di sekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, hasil tangkapan tersebut membawa rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM16,400 serta sitaan kenderaan berjumlah RM23,000. Katanya, tangkapan pertama pada 16 Jun lalu di sebuah rumah kosong di Kampung Gong Kassim, Merchang melibatkan tiga lelaki berusia 30 tahun hingga 36 tahun. “Hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis methamphetamine. Dua daripada suspek juga punyai rekod lampau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya