1,260 unit Rumah Idaman diserah kepada pembeli

1,260 unit Rumah Idaman diserah kepada pembeli

AMIRUDIN (tiga dari kiri) menyampaikan kunci cura kepada pembeli rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 1,260 unit kediaman mampu milik Idaman Bukit Jelutong yang dibangunkan oleh Gagasan Nadi Cergas Berhad dengan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) diserahkan kepada pembeli di sini, semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek Idaman Bukit Jelutong adalah antara usaha berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan kediaman berkualiti dan mampu milik kepada rakyat.

“Kita berjaya menyiapkan 1,260 unit rumah di kawasan Bukit Jelutong. pada September atau hujung September ini, kami jangka akan rasmikan pula di Sabak Bernam iaitu di Taman Air Manis.

“Dengan siapnya 1,260 unit ini (Idaman Bukit Jelutong), bermakna 6,079 unit sudah siap dan diserahkan kunci. Sebanyak 8,352 unit lagi dalam pembinaan yang mana proses pembinaan akan lengkap sepenuhnya tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Idaman Bukit Jelutong di sini.

Amirudin berkata, walaupun projek berkenaan siap lima bulan awal tetapi proses untuk mendapatkan Sijil Penyiapan dan pematuhan (CCC) dan lain-lain kelulusan mengambil sedikit masa.

Jelasnya lagi, secara keseluruhan projek berkenaan siap dalam tempoh tiga tahun dengan pecah tanah dilakukan pada Ogos 2022 dan serahan kunci dibuat pada Ogos tahun ini.

Projek Idaman Bukit Jelutong terletak di tapak seluas 4.3 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM304.0 juta.

Ia merangkumi tiga blok kondominium bertingkat yang menempatkan 1,260 unit kediaman mampu milik berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap satu, lengkap dengan perabot.

Setiap unit disediakan dua petak parkir kereta dan dilengkapi pelbagai kemudahan moden seperti televisyen, peti sejuk, kabinet dapur, almari pakaian, pemanas air dan pendingin hawa bagi memastikan gaya hidup yang selesa dan moden untuk penghuni. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×