Dua polis disyaki minta suapan berkait dadah mushroom

Dua polis disyaki minta suapan berkait dadah mushroom

KEDUA-DUA suspek diiringi pegawai SPRM untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua anggota polis berpangkat lans koperal dan koperal direman enam hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM20,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak dikenakan tindakan kononnya berkaitan penjualan dadah cecair rokok elektronik (vape), bulan lalu.

Perintah reman sehingga 9 Jun ini dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani terhadap dua suspek lelaki berusia 26 dan 37 tahun itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka ditahan pada pukul 6.25 petang dan 6.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

Menurut sumber, pengadu yang juga seorang lelaki berusia 26 tahun membuat laporan kepada SPRM kerana tidak berpuas hati dipaksa membayar RM20,000 kepada kedua-dua suspek selepas dituduh menjual dadah jenis mushroom sedangkan dia tidak pernah berbuat demikian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN