Dua jam hilang, pemuda dikhuatiri lemas diselamatkan - Utusan Malaysia

Dua jam hilang, pemuda dikhuatiri lemas diselamatkan

ANGGOTA bomba mencari pemuda yang hilang di pantai berhampiran Kerteh di Kemaman, Terengganu. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Dua pemuda berdepan detik cemas apabila hampir lemas ketika menyelam dan menangkap ikan di kawasan pantai berhampiran Kerteh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, seorang mangsa terselamat selepas berenang ke darat manakala rakannya, Mohammad Shahmie Mohd. Ramli, 28, diselamatkan pasukan penyelamat selepas hampir dua jam bertahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Timbalan Penguasa Bomba II Khairulhasni Mokhtar berkata, semasa anggotanya tiba di lokasi kejadian, seorang pemuda didapati sudah selamat manakala seorang lagi belum ditemukan.

“Anggota bomba membuat pencarian di permukaan air dan celahan batu sebelum mangsa ditemukan kira-kira pukul 1.30 petang di celah batu, iaitu pada jarak 200 meter meter dari lokasi dia hilang,” katanya hari ini.

Khairulhasni berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan keletihan dan dibawa ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN