Dua individu bergelar datuk ditahan disyaki dalang jemaah haji terkandas

Dua individu bergelar datuk ditahan disyaki dalang jemaah haji terkandas

haji
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dan wanita bergelar datuk yang dipercayai dalang kes jemaah haji terkandas di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, individu berusia 36 dan 39 tahun itu ditahan oleh pasukan petugas Op Haji Terkandas dan direman sehari bagi membantu siasatan.

Katanya, kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

“Dalam masa sama polis menafikan dakwaan pasukan petugas Op Haji Terkandas menahan 80 orang jemaah haji yang kononnya menggunakan visa pelancong untuk ke Mekah. 

“Dalam insiden yang berlaku pada 2 Jun lalu, kita mengesan kehadiran sekumpulan jemaah haji di KLIA yang sedang menunggu ketibaan seorang individu bergelar datuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek dikatakan akan menyerahkan visa yang membolehkan mereka berlepas ke tanah suci, namun visa yang dijanjikan tidak pernah diperoleh.

Jelasnya, salah seorang mangsa membuat laporan polis mendakwa, dia dan isteri  menyerahkan pasport kepada dua individu yang menawarkan pakej haji secara percuma.

“Pakej terbabit didakwa dikendalikan oleh sebuah agensi pelancongan yang berdaftar sebagai pengelola jemaah haji (PJH) bagi tahun 2025.

“Mangsa dijanjikan penerbangan ke Mekah pada 1 Jun lalu, namun sehingga kelmarin, tiada sebarang pengesahan penerbangan diterima daripada syarikat berkenaan,” katanya. 

Menurut Muhammed Hasbullah, mangsa turut menyatakan kebimbangan mengenai kemungkinan maklumat peribadi serta pasport mereka disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Hasil semakan mendapati sebanyak tujuh laporan polis diterima setakat ini berkaitan penipuan tawaran haji oleh syarikat terbabit. 

“Bagaimanapun, tiada kerugian kewangan dilaporkan memandangkan pakej haji berkenaan ditawarkan secara percuma dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu,” katanya.

Sebelum ini, kira-kira 80 jemaah yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci ditahan pasukan petugas khas di KLIA kerana menggunakan visa pelancong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN