TEMERLOH: Dua remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta dari arah belakang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri, 18, dan Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman, 18, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan…