Drama tetap dalam hati saya - Syukri Yahaya - Utusan Malaysia

Drama tetap dalam hati saya – Syukri Yahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syukri Yahaya, tetap akan mengutamakan tawaran berlakon drama meskipun sudah kembali aktif berlakon filem.

Kata Syukri, hal tersebut kerana banyak ilmu yang ditimbanya dengan berlakon drama.

“Drama ibarat sekolah manakala filem pula adalah platform untuk saya praktikkan segala ilmu yang saya dapat ketika berlakon drama.

”Apa pun, drama tetap dalam hati saya walaupun template selalu sama. Tapi saya percaya, lakonan mampu membawa perubahan kepada drama itu,” katanya.

Syukri berkata demikian pada sidang media filem Balas Balik di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, aktor berusia 36 tahun itu tidak akan menaikkan kadar bayaran hasil kerja lakonannya gara-gara kini sudah bergelar pelakon filem.

Pada masa yang sama, dia juga menegaskan dia bukan pelakon yang cerewet dan bersikap memilih watak.

”Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari,” jawabnya ringkas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN