Diserang sawan ketika memandu punca lelaki  rempuh pelancong di Kea Farm

Diserang sawan ketika memandu punca lelaki  rempuh pelancong di Kea Farm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Diserang sawan ketika memandu dipercayai menjadi punca kereta seorang lelaki berusia 22 tahun merempuh sekumpulan pelancong hingga mencederakan empat orang termasuk tiga kanak-kanak, di Kea Farm di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu mangsa dari arah Brinchang menuju ke Kea Farm secara tiba-tiba terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh orang awam yang sedang membeli-belah di kawasan sesak itu.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta dipercayai diserang penyakit sawan sewaktu memandu, menyebabkan dia hilang kawalan ke atas kenderaan. Akibat serangan sawan itu, kereta terbabit terbabas masuk ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar empat pejalan kaki iaitu seorang dewasa serta tiga kanak-kanak berusia antara tiga tahun hingga 10 tahun. 

“Kesemua mangsa cedera ringan dan telah menerima rawatan di hospital sebelum dibenarkan pulang,”katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN