KUANTAN: Pantai Cherating yang suatu ketika dahulu antara lokasi pelancongan terkemuka di negara ini dan menjadi tumpuan dunia kerana keindahannya, kini semakin suram tanpa kehadiran pelancong ke kawasan berkenaan. Keadaan tersebut bukanlah baharu, tetapi sudah lebih 10 tahun berlaku sehingga menyebabkan terdapat resort dan hotel terpaksa ditutup dan gulung tikar. Malah lebih membimbangkan, ada juga premis bangunan menjadi tinggalan usang yang menakutkan. Meskipun Pantai Cherating sebelum ini terkenal dengan aktiviti…