Buku jadi wadah kukuh perpaduan rakyat Malaysia

Buku jadi wadah kukuh perpaduan rakyat Malaysia

SUBANESANY sedang meneliti koleksi buku yang terdapat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 membuktikan bahan bacaan berfungsi sebagai wadah mengukuhkan perpaduan nasional apabila jutaan pengunjung berbilang bangsa memenuhi setiap reruai jualan buku yang disediakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Seorang pengunjung, N. Suba­nesany, 25, berkata, dia lebih gemar membaca novel dalam bahasa kebangsaan walaupun bukan berbangsa Melayu.

“Saya gemar membaca novel Melayu. Tidak semestinya kerana saya berbangsa India, saya tidak boleh membaca buku dalam bahasa lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Asalkan ceritanya menarik dan menyentuh perasaan, saya akan membacanya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Nur Aisyah Zahrilail, 22, berpendapat buku memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang perpaduan yang sedia ada.

“Hari ini kita saksikan semua orang berkumpul di lokasi yang sama tanpa mengira bangsa dan kaum untuk membeli buku. Secara tidak langsung, buku telah merapatkan jurang perpaduan sesama rakyat Malaysia,” jelasnya.

Penulis buku, Nathaniel Sario, 31, berkata, buku mampu berperanan sebagai platform untuk memahami budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai.

“Buku saya berlatarbelakangkan negeri Sabah dengan watak-watak berdasarkan karakter Sabah. Ia memberi peluang kepada masyarakat lain di Malaysia seperti orang Melayu dan Cina untuk memahami Sabah, perbezaan budaya dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, buku turut menjadi salah satu tonggak penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

“Pada pandangan saya, buku adalah kepingan budaya yang mampu menyatupadukan semua pihak. Melalui buku, banyak perkara boleh dipelajari dan dikongsi bersama,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×