Budak tiga tahun lemas dalam parit

Budak tiga tahun lemas dalam parit

LOKASI parit Intan Inara Mohd. Hariz Husaini ditemukan lemas di Kampung Bukit Kenak Tok Kundur, Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan lemas di dalam parit di Kampung Bukit Kenak Tok Kundur, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa, Intan Inara Mohd Hariz Husaini dipercayai keluar melalui pintu belakang dan bermain di bahagian belakang rumah neneknya seorang diri kira-kira pukul 6 petang.

“Kira-kira 10 minit kemudian,  mangsa dijumpai terapung oleh bapa saudaranya di dalam parit sawah padi lebih kurang 300 meter dari rumah neneknya,” katanya di sini hari ini. 

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Besut dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang mana kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN