Budak 11 tahun dibaling kerusi kerana kopi tak panas

Budak 11 tahun dibaling kerusi kerana kopi tak panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di kepala selepas terkena kerusi yang dikatakan dibaling bapanya, hanya kerana kopi dibancuh tidak cukup panas dalam kejadian di Banda Hilir di sini, Rabu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Noordin berkata, kejadian berlaku ketika si ibu keluar bekerja dan hanya kedua-dua beranak itu berada di rumah.

“Bapanya berang apabila mendakwa minuman tersebut tidak cukup panas, walaupun mangsa memaklumkan ia sudah dipanaskan. Tidak percaya dengan penjelasan itu, lelaki terbabit bertindak melontar kerusi ke arah mangsa sehingga terkena kepala kanak-kanak itu.

“Dia kemudian membersihkan luka berkenaan sebelum mangsa mengadu kepada ibunya, sejurus wanita itu pulang dari tempat kerja,” katanya.

KALSOM NOORDIN

Kalsom berkata, pada mulanya mangsa dibawa ke sebuah klinik di Cheng, namun perlu dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut kerana tidak mempunyai kemudahan X-ray dan imbasan tomografi berkomputer (CT scan).

“Hasil imbasan menunjukkan tiada kecederaan serius pada kepala mangsa. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dijadualkan ke rumah keluarga itu Isnin ini bagi mengambil keterangan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN