BN perlu gabungan kuat hadapi PRN Sabah

BN perlu gabungan kuat hadapi PRN Sabah

MOHAMAD Hasan bersalaman dengan ahli UMNO semasa hadiri untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ledang di Dewan Putra Padang Lerek, Tangkak, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerlukan gabungan parti yang stabil dan kukuh dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung pada tahun ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN tidak mampu bertanding solo dan setakat ini BN sudah bersetuju menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN di Sabah.

“BN berhasrat membentuk persefahaman dengan parti atau gabungan politik negeri itu sekali gus menjadikan kerjasama lebih mantap.

“Kita perlukan kerjasama dengan gabungan atau parti lain kerana UMNO dan BN tidak boleh lagi bergerak solo. Kita perlukan gabungan untuk menghadapi PRN di Sabah.

“Kita hendak masuk PRN Sabah sebagai satu pasukan yang mantap dan kita juga sedang menerokai beberapa pertimbangan terutama pembahagian kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan persefahaman dengan parti tempatan.

“BN yakin menerusi gabungan yang mantap akan membolehkan pengundi tidak keliru untuk memberi sokongan sekali gus mentadbir negeri tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ledang di Dewan Putra Padang Lerek di sini hari ini.

Terdahulu, Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak kerjasama politik bersama BN pada PRN tahun ini.

Sebagai rekod, PBS adalah bekas parti komponen BN sebelum meninggalkan gabungan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan kekalahan BN.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual terbubar secara automatik pada 11 November tahun ini selepas bermula persidangan pertama dan pembukaan rasmi DUN Sabah.

DUN Sabah kini menyaksikan kerajaan diketuai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), UMNO dan PH menguasai 55 daripada 79 kerusi keseluruhan manakala pembangkang terdiri Parti Warisan Sabah dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) 24 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN