Ben Ladin bergelar bapa, janji lindungi ‘Baby J’ - Utusan Malaysia

Ben Ladin bergelar bapa, janji lindungi ‘Baby J’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Ben Ladin, mengumumkan dia dan isteri, Anna Syida menimang cahaya pertama yang selamat dilahirkan pada Isnin. 

Ben Ladin atau Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 24, bagaimanapun masih merahsiakan nama penuh anak dan hanya memperkenalkannya dengan gelaran ‘Baby J’. 

“Isteri saya, Anna Syida selamat melahirkan bayi kami. Terima kasih yang mendoakan , terima kasih isteri kerana telah memberikan anugerah yang paling bermakna. 

“Pengorbanan awak akan saya hargai buat selamanya. Ini perjalanan yang panjang buat kita berdua. Semoga Allah menjaga keluarga kita,” tulisnya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam perkongsian yang sama, penyanyi Hikayat Ben Ladin itu sempat mengarang puisi khas buat anaknya itu menyatakan janjinya untuk melindungi anak seumur hidup. 

“Wahai pewarisku, dunia ini luas dan tak selamanya mesra. Tapi percayalah walau badai menjelma, dalam pelukanku kau tak akan derita.

“Aku bukan pahlawan bertanjak besi, bukan alim penuh kitab dan puisi. Namun dengan tangan yang lemah ini aku berjanji akan melindungi hari-harimu nanti,” tambahnya. 

Terdahulu, Ben Ladin mengesahkan sudah berkahwin dengan Anna Syida secara diam-diam pada usia 23 tahun.

Jelas Ben, dia dan isteri memilih untuk hanya menghebahkan perkara itu selepas sah berkahwin. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN