Asahina Aya timang cahaya mata kedua - Utusan Malaysia

Asahina Aya timang cahaya mata kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SEOUL: Pelakon yang terkenal menerusi drama Alice In Bordeland, Asahina Aya selamat melahirkan cahaya mata kedua.
 
Aktres berusia 31 tahun itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran dalam Instagramnya, baru-baru ini.
 
“Syukur, anak kedua kami telah selamat dilahirkan. Terima kasih buat mereka yang sentiasa bersama saya untuk berkongsi kegembiraan ini.
 
“Sebagai ibu kepada dua cahaya mata, saya akan terus berikan yang terbaik untuk keluarga dan karier saya,” tulisnya.
 
Asahina mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan Sandaime J Soul Brothers, Yamashita Kenjiro pada tahun 2021.
 
Pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata lelaki pada Mac tahun lepas sebelum mengumumkan kehamilan kedua sekitar Januari lalu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN