Annuar umum Elavarasan, Salibasic latih KDN FC

Annuar umum Elavarasan, Salibasic latih KDN FC

E. ELAVARASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas penolong ketua jurulatih Harimau Malaysia E. Elavarasan diumumkan sebagai pengendali Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) hari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial facebook miliknya hari ini.

Annuar berkata, Elavarasan akan membentuk gandingan bersama jurulatih antarabangsa iaitu Muammer Salibasic.

“Selamat datang jurulatih kebangsaan Elavarasan dan Muammer Salibasic akan berganding bahu melatih Kelantan,” katanya.

Annuar memberitahu, beberapa pemain kebangsaan dari negara Asean, Asia dan Africa sudah diikat untuk membentuk pasukan KDN dengan wajah baharu.

Selamat berjuang Kelantan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN