Anggur hidup subur di tepi rumah

Anggur hidup subur di tepi rumah

ISMARINA Ismail menunjukkan buah anggur dari pokok yang ditanam di halaman rumahnya di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Siapa sangka minat menanam pokok anggur yang bermula sekadar hobi kini menjadi sumber pendapatan sampingan buat seorang suri rumah di Kampung Dalam Rhu di sini, sejak awal tahun ini.

Ismarina Ismail, 50, berkata, dia menanam pokok anggur sejak 2023 di tepi halaman rumahnya dan mendapat permintaan ramai peminat.

Katanya, lebih 50 pokok anggur ditanamnya telah matang dan mula mengeluarkan buah yang manis, sekali gus menangkis tanggapan sesetengah pihak bahawa anggur ditanam di negara ini mempunyai rasa masam.

“Ia bermula selepas saya membeli keratan batang anggur daripada pengusaha yang sudah berjaya di Machang, sekadar untuk mencuba.

Selepas lapan bulan, pokok yang saya tanam ini mula mengeluarkan buah, sekali gus membangkitkan semangat untuk menanam lebih banyak pokok,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Antara jenis anggur ditanamnya ialah IAC, Krasava, Ginnie, Sweet Sapphire dan Aroma Delight.

Ismarina berkata, baja organik diproses sendiri menggunakan tinja kambing diternaknya membantu menyuburkan pokok anggur untuk cepat berbuah tanpa perlu membeli baja kimia di pasaran.

“Buah anggur yang lebat hanya untuk dimakan ahli keluarga. Saya hanya mengambil inisiatif untuk menghasilkan benih pokok anggur yang ditanam dalam polibeg dan tong polisterin terbuang. Kini, benih pokok laris ditempah orang ramai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN