Akta 652 digubal, kualiti TVET diangkat setaraf PHD

Akta 652 digubal, kualiti TVET diangkat setaraf PHD

STEVEN Sim Chee Keong (tengah) ketika gimik pelancaran P10X Academy di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengubal Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) bagi memperkasakan dan meningkatkan lagi kualiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, menerusi penggubalan akta itu, pihaknya berhasrat meningkatkan tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) supaya setaraf ijazah atau doktor falsafah (PhD).

Beliau berkata, pengenalan tahap baharu dan lebih tinggi dalam SKM penting kerana ketika ini SKM hanya mempunyai tahap satu hingga lima dengan kelayakan tertinggi setara diploma lanjutan.

“Saya akan bentangkan pindaan kepada akta ini di Parlimen dan saya minta semua ahli Parlimen menyokong. Saya nak bentangkan supaya daripada tahap satu hingga lima, kita tambah lagi kepada tahap enam, tujuh dan lapan supaya jadikan pendidikan TVET ini setara PhD, “ katanya selepas melancarkan P10X Academy Sdn Bhd di sini hari ini.

Katanya, masyarakat perlu membuka minda terhadap institusi TVET kerana ia membuka ruang serta peluang besar kepada golongan muda menimba ilmu serta kemahiran baharu.

Sim berkata, pihaknya mahu membudayakan pemikiran bahawa peluang menyambung pelajaran bukan di universiti sahaja sebaliknya turut disediakan di institusi TVET.

Sementara itu, Sim berkata sistem bersepadu UP_TVET menerima sebanyak 140,000 permohonan kemasukan ke institusi TVET setakat ini.

“Mungkin satu hari, kita akan masukkan juga institusi TVET swasta supaya senang pelajar-pelajar yang ingin ambil jurusan TVET dapat pergi ke laman web itu juga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN