72 peratus veteran sertai latihan Perhebat dapat kerja

72 peratus veteran sertai latihan Perhebat dapat kerja

Mohamed Khaled Nordin ketika Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia RPEL dan Sijil Perhebat di Kem Sungai Buloh, hari ini.-UTUSAN/FIRDAUS JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Sebanyak 72 peratus daripada jumlah 6,891 veteran yang tamat latihan program latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) pada 2023 berjaya mendapat pekerjaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pencapaian ini menyaksikan satu peningkatan berbanding 60 peratus yang direkodkan pada tahun 2022.

“Daripada jumlah tersebut, 65.4 peratus telah menjadi usahawan atau bekerja sendiri, manakala 34.6 peratus pula bekerja dengan di bawah majikan.

“Meskipun pencapaian ini memberangsangkan, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan dan pemantapan yang perlu kita usahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia, Program Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL) dan Sijil Perhebat di Kem Sungai Buloh, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan Perhebat perlu menyelidik lebih teliti dan mendalam faktor-faktor yang menyebabkan kira-kira 28 peratus daripada veteran yang terlibat masih belum mendapat pekerjaan.

“Ini bermakna, kita mesti sentiasa terbuka untuk menyemak kandungan latihan, pendekatan yang digunakan serta proses latihan peralihan ini dilakukan, mesti mengikut corak pasaran semasa. Ia mesti bersifat terkini dan tidak lapuk.

“Kita mesti berlapang dada dan sentiasa bersikat terbuka untuk menerima hakikat bahawa masih banyak ruang penambahbaikan dan pemantapan yang perlu kita usahakan demi memperluas manfaat Perhebat kepada warga veteran kita,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN