KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,369 kemalangan direkodkan sepanjang pelaksanaan OpLancar sejak 6 hingga 9 Jun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak tiga peratus iaitu 181 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
Katanya, jumlah kemalangan maut adalah sebanyak 58 kes iaitu penurunan sebanyak 26 kes berbanding 84 kes pada tahun lalu.
“Bagi jumlah kematian, sebanyak 78 kes direkodkan tahun ini. Jumlah itu menurun 10 kes berbanding tahun lalu, iaitu 88 kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Yusri, sebanyak 6,120 kes kemalangan mengakibatkan kerosakan kenderaan direkodkanali ini.
Jelasnya, ia sedikit meningkat berbanding tahun lalu iaitu 5,854 kes pada tahun lalu. – UTUSAN