KOTA BHARU: Seramai 62,485 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 ditawarkan menyambung pengajian politeknik dan kolej komuniti tahun ini. Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd. Daud Isa berkata, daripada jumlah itu, seramai 42,058 calon ditawarkan mengikuti pengajian di 36 politeknik manakala 20,427 lagi mendapat tempat di 106 kolej komuniti di seluruh negara. “Secara keseluruhan, sebanyak 131 program pengajian ditawarkan bagi sesi ini merangkumi satu program asasi, 89 program diploma dan 41 program sijil. Tawaran kali ini turut menyaksikan pertambahan daripada 500 calon kepada 800…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya