106 calon STPM Perak catat semua A, PNGK 4.00 - Utusan Malaysia

106 calon STPM Perak catat semua A, PNGK 4.00

SAFUAN Raba’ai (depan) selepas mempengerusikan majlis pengumuman keputusan STPM 2024 bagi negeri Perak di Ipoh, Perak hari ini. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 106 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di Perak memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00 atau mencatatkan gred A bagi semua mata pelajaran diambil.

Daripada jumlah itu, 103 calon mendapat semua A bagi empat mata pelajaran yang diambil sementara tiga lagi merekodkan lima A mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Safuan Raba’ai berkata, jumlah itu meningkat berbanding 82 calon bagi tahun 2023.

“PNGK STPM 2024 Perak juga meningkat kepada 2.85 berbanding 2.83 pada tahun 2023. Ia merupakan PNGK tertinggi Perak sejak sistem tiga semester diperkenalkan pada tahun 2012,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan STPM 2024 negeri Perak di sini hari ini.

Bagi negeri Perak, seramai 3,088 calon sekolah yang menghadiri tiga semester di semua 58 buah sekolah.

Kata Safuan, daripada 3,088 calon itu seramai 3,057 atau 99 peratus berjaya mencapai lulus penuh atau mendapat gred A hingga C.

Tambahnya, seramai 229 calon lagi di Perak mencatatkan PNGK 3.75 dan 1,083 calon mencapai PNGK 3.00.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yussuf Batu Gajah, SMK St. Michael Ipoh, SMK Jalan Tasek Ipoh dan SMK King Edward VII Taiping merupakan sekolah paling ramai merekodkan bilangan pelajar PNGK 4.00. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN