DAP di bawah Loke hanya MCA 2.0 - Lian Ker

DAP di bawah Loke hanya MCA 2.0 – Lian Ker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, kononnya parti itu boleh berfungsi tanpa MCA disifatkan sebagai angkuh dan menyimpang daripada asas perjuangan asal parti berkenaan.

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, tindakan Siew Fook itu bukan sahaja menghina MCA secara terbuka berulang kali, malah menggambarkan perubahan hala tuju DAP yang kini semakin jauh daripada prinsip yang pernah mereka perjuangkan.

“DAP dahulunya melaungkan keberanian melawan ketidakadilan dan menentang sikap tunduk membuta tuli parti lain dalam kerajaan.

“Hari ini, apa yang kita lihat adalah parti yang tidak ubah seperti MCA yang mereka pernah hina, malah lebih buruk,” katanya dalam kenyataan. 

Lian Ker berkata, DAP di bawah kepimpinan Siew Fook kini sangat berbeza berbanding era Lim Kit Siang dan Karpal Singh, dua tokoh yang pernah dihormati kerana keteguhan prinsip serta keberanian bersuara.

“Lim Kit Siang dan Karpal Singh mungkin tidak sempurna, tetapi mereka berani menegakkan prinsip walaupun berdepan tekanan.

“Siew Fook pula hanya lantang terhadap MCA, tetapi membisu apabila berhadapan isu besar yang melibatkan gabungan pemerintah,” katanya.

Beliau berkata, kelemahan DAP di bawah kepimpinan Siew Fook semakin ketara apabila gagal menunaikan janji-janji lama mereka, termasuk menuntut keadilan untuk mendiang Teoh Beng Hock, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) dan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.

“DAP pernah berjanji membawa perubahan, melaungkan ‘ubah’ dan ‘lawan tetap lawan’. Tetapi kini, di bawah kepimpinan Siew Foo, suara itu semakin lemah. Mereka sudah selesa dengan kuasa dan meninggalkan janji lama,” katanya.

Lian Ker berkata berkata, masyarakat kini semakin sedar bahawa DAP bukan lagi parti idealis yang memperjuangkan kepentingan rakyat, sebaliknya telah menjadi MCA versi baharu iaitu MCA 2.0.

“Rakyat, khususnya masyarakat Cina, bukan menunggu untuk mendengar MCA dihina. Mereka menunggu DAP membuktikan bahawa mereka mampu menjadi lebih baik daripada MCA.

“Malangnya, yang mereka dapat hanyalah retorik kosong dan kepimpinan yang semakin jauh daripada prinsip,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×