Waspada lakukan aktiviti air ketika peralihan monsun

Waspada lakukan aktiviti air ketika peralihan monsun

FARHAN Sufyan Borhan (dua kiri) bersama Nik Mohd. Fareez Nik Ahmad Azman menunjukkan tong gas di gudang penyimpan silinder Komposit LPG ACGAS di Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada semasa melakukan aktiviti air di kawasan pantai atau rekreasi ketika peralihan monsun yang melanda negeri ini ketika ini.

Pengarahnya, Farhan Sufyan Borhan berkata, fasa peralihan Monsun Timur Laut ke Barat Daya ini menyebabkan berlakunya ribut petir yang  membawa hujan lebat dalam masa singkat.

“Situasi ini berisiko berlakunya kenaikan air mendadak di sungai mahu pun banjir kilat. Jika ada aktiviti di air ketika itu ia boleh mengundang bahaya kepada orang ramai. 

“Jadi berwaspadalah sepanjang melaksanakan aktiviti itu, jika ternampak tanda-tanda bahaya segeralah meninggalkan kawasan tersebut,” katanya selepas merasmikan masjis Pembukaan Gudang Baharu Penyimpan Silinder Komposit LPG ACGAS Cawangan Kelantan di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif ACGas, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya