Warga emas sempat buat kerja binaan sebelum ditemukan meninggal dunia di rumah

Warga emas sempat buat kerja binaan sebelum ditemukan meninggal dunia di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang warga emas sempat membuat kerja-kerja binaan di sebuah masjid di Kampung Pokok Mangga sebelum ditemukan meninggal dunia seorang diri di rumahnya, di Taman Malim Jaya, di sini, semalam.

Abdul Rahim Abd. Rahman, 69, yang tidak berkahwin ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terlentang oleh rakannya kira-kira pukul 7.13 malam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, menurut saksi, si mati pada Khamis lalu ada mengadu mengalami sesak nafas akibat makan aiskrim dalam jumlah yang banyak.

“Semalam saksi cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak dijawab, ekoran bimbang,   dia terus rumah si mati dan terlihat kaki warga emas itu di atas lantai dari celah tingkap.

“Dia kemudian memaklumkan kepada polis dan kami mendapatkan bantuan daripada pihak bomba untuk memecahkan pintu rumah sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Christopher berkata, mangsa yang bekerja sebagai kontraktor kali terakhir dilihat melakukan kerja-kerja binaan di sebuah masjid di Kampung Pokok Mangga pada 2 Mei lalu.

“Si mati tidak mempunyai sejarah rawatan hospital, namun diketahui mengalami semput dan sakit dada.

“Difahamkan, mangsa tinggal di Melaka sejak lebih 40 tahun lalu dan tidak mempunyai keluarga kandung kerana dijaga oleh keluarga angkat sejak kecil,” ujarnya. 

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya