Wanita maut di lebuh raya selepas terjun dari kereta

Wanita maut di lebuh raya selepas terjun dari kereta

RUSDI Mohd Isa pada sidang akhbar di Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan polis mendapati wanita yang maut di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar pada Selasa lalu selepas terjun dari kenderaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, ia berdasarkan hasil soal siasat yang dijalankan polis terhadap suami kepada wanita berusia 44 tahun itu.

“Siasatan dijalankan mendapati sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara pasangan itu mengenai pengunaan van oleh isterinya yang tiada lesen memandu.

“Semasa pertengkaran, si isteri beritahu nak terjun sebelum berbuat demikian dan suami meneruskan perjalanan pulang ke rumah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Rusdi berkata, lelaki berusia 50 tahun itu kemudian ditahan di rumahnya di Taman Kinrara, Puchong, Selangor, pada hari kejadian.

Katanya, suspek kini direman empat hari sehingga 10 Mei ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada 2.35 petang kelmarin, polis menerima maklumat daripada lelaki yang melihat wanita tercampak dari sebuah van, sebelum kenderaan itu terus meninggalkan lokasi di Lebuh raya Kesas.

Siasatan di tempat kejadian mengesahkan wanita itu meninggal dunia.

Susulan itu, polis menahan suami kepada wanita terbabit kira-kira pukul 6 petang hari kejadian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN