Wanita didakwa hilang antara individu disiasat SPRM

wanita hilang disyaki individu disiasat SPRM

Pegawai polis jatuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Wanita yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu dipercayai merupakan individu yang sedang disiasat Suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia masih mendapatkan maklum balas dari SPRM berhubung perkara ini.

Terdahulu, polis mengklasifikasi kes kehilangan seorang wanita sebagai kes culik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, laporan kehilangan wanita itu dibuat di Balai Presint 7, Putrajaya pada pukul 3.02 petang.

Beliau berkata, wanita dijadualkan hadir di pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan berkaitan siasatan pihak agensi itu pada hari sama namun tidak hadir.

Ketidakhadiran mangsa telah di sahkan oleh pihak SPRM.

Siasatan telah dibuka berkaitan kejadian ini di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Mangsa telah beberapa kali hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan  berkaitan kes yang disiasat Suruhanjaya itu.

Satu laporan polis juga telah dibuat oleh peguam mangsa di Seri Kembangan berkaitan kehilangan mangsa.

Percakapan beberapa orang saksi termasuk pegawai SPRM dan peguam mangsa juga telah dirakamkan bagi membantu siasatan ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN