Wanita berniqab bakal isteri kedua Azlan Komeng? - Utusan Malaysia

Wanita berniqab bakal isteri kedua Azlan Komeng?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Azlan Komeng kembali menjadi bualan hangat selepas seorang wanita berniqab berkongsi foto mesra bersamanya.

Dikenali sebagai Maizila Aini, wanita tersebut juga tidak berselindung memanggil pelakon lelaki itu dengan gelaran manja selain meluahkan rasa cinta.

“Alhamdulillah, terima kasih sayang selalu ada dengan Anje walaupun sibuk dengan kerja. Lepas rindu dekat sayang seorang ini,” katanya menerusi sebuah perkongsian di TikTok.

Dalam perkongsian lain, wanita itu turut menyifatkan Azlan sebagai lelaki yang bermakna dalam hidupnya malah memberi gambaran bahawa dirinya tidak sabar untuk membina kehidupan bersama pelakon tersebut.

“Kamu akan selalu menjadi lelaki kegemaranku. Lelaki yang selalu aku tunggu notifikasi perbualannya, lelaki yang selalu ingin aku datangi, lelaki yang akan aku jadikan tujuan dan lelaki yang selalu aku sayangi hari ini, esok, nanti dan selama-lamanya.

“Hanya tunggu masa yang sesuai. Allah bersama orang yang bersama,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mendakwa wanita itu merupakan bakal isteri kedua Azlan.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pelakon itu menjadi sorotan selepas isterinya, Nur Nilam Ortiz mendedahkan Azlan mahu berkahwin lagi sekali dengan seorang wanita.

Susulan itu, Nilam turut memuat naik sebuah video dirinya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan memaklumkan dirinya enggan lagi mempertahankan rumah tangganya bersama pelakon itu.

Bagaimanapun isteri kepada pelakon tersebut tidak memberitahu sebarang perincian lanjut mengenai tujuan kehadirannya di mahkamah itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya