Tulis surat rasmi dulu, baru bincang kerjasama UMNO dan Bersatu

Tulis surat rasmi dulu, baru bincang kerjasama UMNO dan Bersatu

AHMAD Maslan menyampaikan sijil Mydigital Kontraktor sempena Program Jelajah Revolusi pembinaan CR4. 0 dan pelancaran Mydigital Kontraktor di Dewan Serbaguna Benut, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta mengadakan perbincangan secara rasmi jika mahu menjalinkan bekerjasama dengan UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perbincangan termasuk menulis surat rasmi untuk menyatakan hasrat itu perlu dilakukan bagi membolehkan niat itu dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Katanya, tiada perbincangan di peringkat MT mengenai cadangan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada mesyuarat baru-baru ini.

“Malah mesyuarat MT sebelum ini juga tidak pernah membincangkan mengenai (kerjasama dengan Bersatu) isu ini. Tentunya perkara penting sebegini perlu dibincang di peringkat MT UMNO,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program jelajah revolusi pembinaan CR4. 0 dan pelancaran kontraktor (MDK) di Dewan Serbaguna Benut di sini, hari ini. 

Kelmarin, Hamzah dilaporkan berkata, Bersatu terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO kerana kedua-dua parti berkongsi asas ideologi yang sama di samping mendakwa bekas pemimpin MIC dan MCA juga sudah mendaftar untuk menjadi ahli Bersatu.

Malah Ahmad berkata, sekiranya Bersatu mahu menyertai UMNO semula, mereka perlu mengemukakan surat supaya perbincangan rasmi dapat dibuat.

“Jangan asyik bangkitkan perkara ini (di media) kerana jika tiada permohonan, macam mana ia hendak dibincangkan dalam UMNO,” ujar beliau. 

Ditanya mengenai saranan Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub supaya Bersatu membubarkan parti mereka dan kembali kepada UMNO, Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, perkara itu tidak mustahil kerana pernah berlaku kepada Parti Semangat 46.

Katanya, Semangat 46 dibubarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada Mei 1996 sebelum Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima semula semua ahli parti memasuki UMNO semula secara ‘en bloc’.

“Jika Bersatu mahu lakukan perkara sama, tentunya ia akan dibincang dalam MKT. Apa yang penting berbincang secara rasmi, tulis surat, jangan terus bangkitkan sebegitu sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya