PUTRAJAYA: Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang semua A iaitu kombinasi gred A, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, seramai 376 calon pula memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran.
Bagaimapun, keputusan semua A itu sedikit menurun seramai 48 calon berbanding SPM 2024 atau 13,827 orang, manakala calon semua A+ meningkat 24 calon berbanding SPM 2024 iaitu 352 calon.
“Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025 turut menunjukkan peningkatan 23.76 peratus iaitu seramai 92,347 orang berbanding 86,040 calon pada tahun sebelumnya,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2025 di sini hari ini.
AKAN MENYUSUL – UTUSAN










