PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan dicadang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menilai permohonan guru yang benar-benar layak untuk pertukaran tempat kerja. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, penubuhan jawatankuasa khas ini penting supaya kelonggaran syarat pertukaran dari tiga tahun kepada dua tahun perkhidmatan yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak disalahgunakan. Katanya, NUTP mencadangkan supaya rayuan berhubung alasan penyakit kritikal, keluarga dan rumah tangga perlu diberi keutamaan untuk kelulusan pertukaran. “Alhamdulillah, pertama sekali, NUTP amat berterima kasih kepada Menteri Pendidikan kerana mendengar suara kami dan bersetuju memendekkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya