Tiga penghuni pangsapuri sesak nafas, rumah

Tiga penghuni pangsapuri sesak nafas, rumah di tingkat 16 terbakar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga penghuni di tingkat 16 pangsapuri Putra One Residences, Bukit Rahman Putra sesak nafas apabila kediaman mereka terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.36 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Shahrul Azlan Erahim, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.36 pagi.

Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dikejarkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh sejauh 3.7 kilometer ke lokasi kejadian.

“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 6.46 pagi, mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat 16.

“Kediaman berkeluasa 1,200 kaki persegi itu terbakar hampir 80 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tiga penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan bomba.

“Namun mereka mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal,” jelasnya.

Menurut Shahrul, kebakaran dikawal sepenuhnya pada pukul 7.05 pagi sebelum operasi ditamatkan beberapa minit kemudian.

“Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan dan kes diserahkan kepada pihak forensik bomba untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN