'Tidak wajar parti Kerajaan Perpaduan terima keahlian parti lain'

‘Tidak wajar parti Kerajaan Perpaduan terima keahlian parti lain’

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO menyifatkan amat tidak wajar bagi mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menerima keahlian parti lain sewenang-wenangnya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya memandang serius niat perletakan jawatan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana ingin menyertai PKR.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri di kalangan ahli akar umbi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu hari ini menghantar surat peletakan jawatan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menyertai PKR.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja berkata, keputusan itu dibuat setelah meminta nasihat dan pandangan dari dalam dan luar parti termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Menurut Asyraf Wajdi, UMNO sehingga saat ini belum menerima secara rasmi surat perletakan jawatan beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN