Tidak mahu merempat, Elliza Razak terdesak perlukan bantuan - Utusan Malaysia

Tidak mahu merempat, Elliza Razak terdesak perlukan bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Elliza Razak mendedahkan dirinya terdesak memerlukan RM8,300 demi menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.

Menurut Elliza, dia terpaksa bertindak sedemikian kerana perlu melangsaikan sejumlah bayaran selepas pihak sepatutnya bertanggungjawab bersikap lepas tangan.

“Sekarang saya amat memerlukan satu jumlah (wang) besar untuk selesaikan masalah yang memberi bebanan sebelum saya bercerai lagi.

“Saya perlukan RM8,300 untuk selesaikan sesuatu yang sangat mustahak.

“Sepatutnya saya tidak meminta begini, namun terpaksa sebab si polan yang tiada rasa tanggungjawab ini masih belum menjelaskan apa yang sepatutnya. Sebenarnya total RM20,000, itu pun kira dah lebih kurang,” katanya.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga itu berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Namun, penyanyi itu menegaskan dia enggan meminta derma sebaliknya mahukan sokongan orang ramai membeli produk wangian yang dijual.

“Jauh sekali saya meminta derma, tetapi saya minta jasa baik awak semua untuk sokong perniagaan saya.

“Ada pihak yang masuk campur dan ugut saya macam-macam. Saya nak tanggung dua anak sepenuhnya dan pihak bertanggungjawab hilang tanpa rasa bersalah.

“Harap dapat sokong saya supaya saya dan anak-anak tak merempat disebabkan kesalahan si polan berkenaan,” ujarnya.

Pada Disember 2024, Elliza mendedahkan bahawa dirinya dipukul suami sehingga nekad menuntut cerai setelah 12 tahun bertahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan melangsaikan hutang mencecah belasan ribu ringgit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN