Tiada transaksi dikesan babit akaun Pamela Ling

Tiada transaksi dikesan babit akaun Pamela Ling

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang transaksi dilakukan melibatkan akaun bank milik Datin Seri Pamela Ling Yueh kepada individu lain sepanjang tempoh kehilangan sejak 9 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan lanjut polis mendapati tiada pengeluaran wang keluar atau masuk melibatkan akaunnya.

“Tiada transaksi dibuat dikesan,” katanya pada Majlis Apresiasi KPN Bersama Media di Bukit Aman di sini hari ini.

Ditanya dakwaan mengenai Pamela ada memohon kerakyatan luar negara, Rusdi berkata perkara itu merupakan permohonan peribadi dan tidak dapat disahkan pihak polis ketika ini.

“Siasatan (kehilangan Pamela) dimulakan sejak laporan kehilangannya diterima telah dijalankan secara aktif, terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas kejadian,” jelasnya.

Selain itu, mengulas kemungkinan suami mangsa terlibat, Rusdi berkata siasatan masih diteruskan terhadap semua pihak termasuk individu yang rapat dengan wanita terbabit.

“Mungkin (suami Pamela suspek) tapi siasatan masih  diteruskan ,” jelasnya.

Pada 9 April, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-hailing.

Laporan polis berhubung kehilangannya diterima pada 3.02 petang hari yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN