Tiada keperluan harga makanan restoran mamak naik

Tiada keperluan harga makanan restoran mamak naik walaupun subsidi ditarik

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memberi jaminan harga makanan berasaskan telur tidak dinaikkan susulan keputusan kerajaan mengawal harga dan subsidi telur ayam.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memberi jaminan harga makanan berasaskan telur tidak dinaikkan susulan keputusan kerajaan mengawal harga dan subsidi telur ayam.

Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pengusaha restoran atau peniaga tidak mempunyai keperluan untuk menaikkan harga makanan atau minuman di restoran.

“Tiada asasnya untuk peniaga atau pengusaha restoran untuk menaikkan harga. Pada dasarnya, kami semua setuju mengekalkan harga semasa makanan.

“(Penarikan subsidi telur ayam) tidak akan memberikan kesan kepada harga makanan (selaras) dengan kadar subsidi telur ayam yang akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji.

“Bagaimanapun, penguatkuasaan penuh pada 1 Ogos ini, kita akan cuba sehabis baik untuk beradaptasi dengan harga kawalan baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi kenyataan memaklumkan, kadar subsidi telur ayam dikurangkan dari 10 sen kepada lima sen sebiji, berkuat kuasa mulai semalam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos depan.

Susulan itu, langkah-langkah intervensi dilaksanakan antaranya pihak industri bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas pada harga yang munasabah.

Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam yang cukup dan terjamin berikutan kos pengeluaran stabil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN