MEKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) akan melaksanakan badal haji buat dua jemaah Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jumaat dan semalam di sini. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun berkata, kedua-dua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syariee, di sini. “TH akan laksanakan badal haji buat arwah pada musim haji tahun ini. TH dan seluruh jemaah haji Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris selain mendoakan segala…