Suspek kes tetak ada rekod lampau jenayah - Utusan Malaysia

Suspek kes tetak ada rekod lampau jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pukul dan tetak seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Taman Puchong, Subang Jaya semalam mempunyai rekod jenayah lampau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd. Fairus Jaafar berkata, semakan mendapati suspek yang mempunyai rekod lampau terbabit adalah bekas suami kepada teman wanita mangsa.

“Kami sedang mengesan tiga suspek yang terlibat. Setakat ini polis telah merekod keterangan daripada tiga individu termasuk teman wanita mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan seorang wanita memaklumkan teman lelakinya berusia 47 tahun dipukul serta ditetak di bahagian kepala dan badan oleh bekas suaminya bersama dua lelaki pada 2.15 pagi dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga dan perasaan cemburu.

Susulan itu, polis kini sedang mengesan tiga lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau Inspektor Dinesh Ganasan di talian 011-330 94457 untuk menyalurkan maklumat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN