Suami baru Sharifah Sakinah pelukis terkenal Perancis? - Utusan Malaysia

Suami baru Sharifah Sakinah pelukis terkenal Perancis?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36, nama pelakon, Sharifah Sakinah kembali hangat menjadi bualan ramai sejak beberapa hari lalu.

Bukan kerana usianya yang bertambah, tetapi salah satu ucapan manis dari seorang lelaki yang bernama Cyril Kongo sempena hari lahirnya berjaya menuai pelbagai tanda tanya.

“Happy birthday (selamat hari lahir) sayang,” kata lelaki itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Mesra disapa dengan panggilan ‘sayang’, lelaki yang bertubuh sasa dan berjambang itu juga tidak berselindung berkongsi fotonya bersama aktres popular itu.

Hasil intaian dari profil media sosialnya, lelaki itu bukanlah calang-calang orang kerana dia merupakan seorang pelukis grafiti terkenal di Perancis.

Melihat kemesraan Sakinah bersama lelaki berkenaan, rata-rata warganet mendakwa pelukis tersebut merupakan suami ketiga pelakon itu yang sebelum ini disembunyi rapi identitinya.

Sebelum ini, pelakon drama Curang Tanpa Niat itu mengesahkan dirinya sudah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dalam sebuah majlis tertutup pada April lalu.

Bagaimanapun, pelakon itu enggan mendedahkan identiti lelaki yang telah berjaya menambat hatinya.

Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun bercerai selepas lima tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.

Kemudian, Sakinah melangsungkan pernikahan keduanya bersama seorang lelaki yang berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen pada 2021, namun berpisah pada penghujung 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN