PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan dua pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan satu orang awam dalam operasi yang dijalankan semalam antara pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang di Putrajaya.
Ketiga-tiga individu tersebut ditahan bagi membantu siasatan, lanjutan maklumat diterima berhubung kes rasuah berkaitan dengan urusan mempercepatkan permohonan pengesahan taraf warganegara (PTW).
Menurut SPRM, Operasi ini adalah lanjutan daripada Op Outlander yang baru-baru dijalankan SPRM.
“Pihak KDN memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam melaksanakan siasatan kes ini.
“Pada masa ini, ketiga-tiga individu sedang dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN