Sorok lebih 18 kg syabu dalam kereta - Utusan Malaysia

Sorok lebih 18 kg syabu dalam kereta

WAN Jamal Abdul Salam Wan Long (tengah) bersama pegawai menunjukkan dadah yang dirampas di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan.-IHSAN JKDM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mematahkan cubaan mengedar lebih 18 kilogram (kg) dadah dipercayai syabu yang disorokan dalam sebuah kereta di Kampung Resak, Pasir Mas pada 10 April lalu.

Rampasan pada pukul 7.18 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari pasukan operasi Cawangan Penguatkuasaan Kota Bharu ke atas sebuah kereta jenis Proton Iswara yang berada dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, hasil pemeriksaan ke atas kereta itu telah menemukan dadah seberat 18.03 kg yang disimpan di dalam sebuah guni.

Menurutnya, nilai rampasan dadah berpandukan kepada harga semasa dianggarkan berjumlah RM585,664.

“Siasatan awal mendapati suspek menjadikan kereta tersebut sebagai tempat penyimpanan sementara sebelum diedarkan kepada pelanggan

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, JKDM Kelantan menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-8855.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya