Siti Saleha buat peminat menangis dengan lakonan ‘Dia Imamku’ - Utusan Malaysia

Siti Saleha buat peminat menangis dengan lakonan ‘Dia Imamku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Watak Cempaka Humairah yang dibawakan pelakon terkenal, Siti Saleha dalam drama Dia Imamku telah mendapat pujian meluas daripada penonton.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 34, berkongsi beberapa mesej yang diterima daripada peminat selepas drama itu melabuhkan tirainya pada 15 Mei lalu.

“Saya baca semua DM anda. Sayang semua,” katanya.

Rata-rata mesej yang diterimanya mengakui tersentuh dan menangis ketika menonton lakonannya serta mengaitkan jalan cerita dengan pengalaman masing-masing.

“Tahniah Sally, sebab berjaya melakonkan watak Cempaka Humairah begitu baik sekali sehingga terkesan di hati. Saya akan merindui awak, Humaira setiap pukul 10 malam,” kata peminatnya.

“Saya tengok dua episod menangis teresak-esak ya. Terima kasih melakonkan watak Cempaka Humairah dengan sangat baik. Sally dan Kamal gandingan yang hebat,” kata warganet.

“Awak berjaya dengan watak Maira. Saya menangis setiap babak Maira lakonkan sebab saya pernah di dalam situasi itu. Salah silap saya. Sama jalan ceritanya,” kata pengikutnya.

Terdahulu, Siti Saleha membawa watak Cempaka Humairah, iaitu seorang wanita sombong dan berlagak akibat konflik keluarga dan perkahwinan tanpa rela, namun mula menyesali perbuatannya kepada suaminya, Budin (Kamal Adli).

Drama adaptasi Dia Imamku, karya Siti Rosmizah arahan Feroz Khadir menampilkan gandingan Siti Saleha dan Kamal Adli sebagai watak utama dan ditayangkan sebanyak 53 episod.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN