PETALING JAYA: Gerakan Hartal Doktor Kontrak meluahkan kebimbangan apabila sistem e-penempatan melibatkan 2,245 pegawai perubatan yang tertangguh sejak 27 Februari lalu masih belum dibuka. Jurucakapnya berkata, keadaan itu amat membimbangkan kerana tarikh akhir yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sudah semakin hampir. Katanya, kelewatan dalam pembukaan sistem e-penempatan bukan sahaja memberi tekanan kepada pegawai perubatan terbabit, malah turut menjejaskan perancangan kerjaya dan kehidupan mereka. “Setakat ini masih belum dibuka. Kami difahamkan sistem e-penempatan akan dibuka selewat-lewatnya akhir Mei, namun sehingga kini tiada perkembangan lanjut. “Kami berharap agar tiada lagi penangguhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya